Pantai Kenangan

Layarkan Kenangan Lalu

Jika laut itu tujuannya,
Biarkanlah ia hanyut,
Jika pantai itu tujuannya,
Biarlah ia terdampar.

Gelombang melintang membawa air menguis kaki,
Membasahi hati,
Menghilangkan duka yang bersarang,
Membawa pergi kenangan yang menyakitkan,
Membawa lari harapan yang menyeksakan,

Air laut meresapi pasir,
Terjerumus kaki,
Terhapuslah khayalan,

Dari kejauhan,
Kapal layar kelihatan,
Seolah-olah melambai harapan,
Cuba menyelamatkannya,
Yang makin lemas,
Terselam dalam kenangan,

Semakin dia cuba lari dari kelemasan ,
Semakin kenangan menarik ligat,
Menjerumuskannya dalam kegelisahan,
Dia cuba menggapai kapal layar itu,
Namun ,
Pusaran kenangan semakin kuat,
Tatkala dia cuba memboloskan diri,
Kabus pula menelan kapal layar itu ,
Hilang dari pandangan.

Akhirnya dia masih di situ,
Tergapai-gapai dalam kenangan,
Terperosok dalam laut kelam,
Menanti kapal layar seterusnya,
Datang membebaskannya dari kenangan.

Nukilan,

Asiah Razali
Pantai Cahaya Bulan
7 November 2013

Comments

Popular posts from this blog

Loan Words

realization

A weird dream