Posts

Showing posts from May 3, 2012

kita semua sama :)

Image
Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”. Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat. “Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.” Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang. “Baiklah,” jawabnya, “Apa jadinya bila saya melakukan ini?” Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk. "OK, sekarang masih ada yang berminat?”. Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak. Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lak...